Friday 21 December 2012

beautskin essence

selain daripada produk vco dan juga miracle tab saya juga ade menjual produk beautskin essence ? ape tu beautskin essence alaa produk yang adira pakai tu nah tgk gambar adira yang semakin meletop dan gojez nie



cantik kan adira sekarang ? berbeza die masa mula2 die masuk af dulu..okey jangan risau produk beautskin  nie halal dan toyiban tiada kesan sampingan yang memudaratkan dan semestinya berkesan die gunakan...

MIRACLE TAB




TAB SOAP

Dicipta berdasarkan kajian dan penemuan terkini, Detoxifying FacialSoap ini mengandungi modifikasi protein glutathione yang mampu merawat dan membersihkan kulit secara menyeluruh. Ia memiliki sifat unik yang seterusnya dimanfaatkan dalam rawatan pintar bagi masalah kulit yang pelbagai, sehinggakan ianya dinobatkan ibarat mimpi menjadi kenyataan.

Tab Soap bersifat anti inflamasi, anti oksidan dan memainkan peranan utama dalam fungsi anti toksin, dan ini akan memberikan perlindungan anti oksidan, terutamanya kepada sesiapa yang inginkan perlindungan dari kesan penuaan awal, jerawat, warna kulit tidak sekata, pigmentasi dan ribuan lagi masalah kulit yang lain. Tab Soap juga merupakan ejen anti radang sehingga mampu mengurangkan kemerahan, bintik hitam dan pembengkakkan pada jaringan yang rosak sekitar kulit. Dengan mengurangkan inflamasi, produk ini bukan hanya menghilangkan jerawat dan pigmentasi malah berpotensi untuk merawat parut dan bekas jerawat secara signifikan semaksima mungkin sehingga kulit anda menjadi cerah bercahaya, tidak dimakan usia.. Diadun dengan bahan semulajadi, pembersih lembut dan mendalam ini dapat membuang dan menghapuskan semua racun, kuman dan kotoran yang menyerang kulit


Satu lagi rahsia kecantikan kulit sihat yang cerah bersinar. Diformulasikan untuk mencerahkan & menaikkan seri kulit kusam serta tidak bermaya. HD akan memperbaharui kulit dengan lembut, sambil memperbaiki kehalusan dan kecantikan tekstur kulit. Molekul pelembab unik yang halus dapat diserap jauh untuk merawat kulit, disamping mengecilkan pori sehingga kulit tampak bercahaya, segar dan bebas daripada stres dan serangan radikal bebas. Esen pelembab dan pencerah yang menyingkap seri semulajadi kulit dan seterusnya memberikan kecantikan yang maksimum. Meminimumkan ketidaksempurnaan kulit wajah dari bekas luka, jerawat, bintik-bintik penuaan dan kedutan serta menyekatakan warna kulit.

Membantu memelihara dan menjaga sel-sel kulit, walau dalam keadaan kulit yang rosak teruk. Ia tidak menyumbat pori, tiada pewarna dan pewangi tambahan. Diuji di bawah kawalan dermatologis. Ideal untuk semua jenis kulit - termasuk kulit sensitif

kalau berminat anda boleh direct call or whatassp kepada saya : 0145173911(make order)
@
anda boleh direct bank in duit kepada saya :
nurul janah abd wahab
maybank : 155015188275
cimb : 05040004823205
bsn : 0610429000159396
jika bayaran telah dibuat secara on9 ,letakkan emel mentarijanah89@gmail.com dan sekiranya bayaran telah dibuat sila sms ke no ini : 0139949706

nama:
alamat:
jenis produk:
no tel:
no resit :

virgin coconut oil ( vco ) catalyst

Assalamualaikum n hye semua ok x sabar rasenya nak membisneskan diri ni hehehe ok first2 saya nak cerita pasal produk virgin coconut oil nie atau nama singkatannya ialah vco nie diperbuat daripada 100% bahan semulajadi..vco ni dikeluarkan oleh syarikat jenama catalyst sangat berkesan x kira lelaki perempuan tua muda remaja wanita hamil semua boleh makan selain tu vco nie tak dak kesan sampingan die selamat digunakan dan halal.Minyak kelapa dara adalah minyak yang di proses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamanya dapat dikekalkan seasli aslinya berbanding dengan minyak kelapa biasa dimana haba dan kimia digunkan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamnya berubah membawa kepada keudaratan apabila manusia memakanya.Kepada penghidap resdung anda digalakan mencuba produk ini.


                                              Antara kebaikan produk vco nie ialah :


- Tiada masalah keputihan ketika hamil.

- Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat,parut jerawat berminyak, dan kering.
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin.
- Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
- Melindungi tubuh daripada kanser.
- Jerawat cepat susut.
- Sistem penghadaman lebih baik.
- Kesuburan.
- Agen pelincir dalam hubungan suami isteri.
- Melancarkan kitaran haid dan kurangkan rasa senggugut.
- Batuk dan Selsema cepat hilang.
- Mengurangkan tidur berdengkur.
- Memperbaiki kandungan asid dalam rahim.
- Memperlambatkan proses monopaus bagi wanita.
- Membantu pesakit Hepatitis C, Cacar dan Herpes.
- Mengelakkan penuaan awal dan kedutan kulit.
- Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang dan lembut.
- Mengekalkan fungsi tiroid yang sihat.
- Mencegah dan mengatasi jangkitan bakteria, virus dan kulat  dan masalah sakit kulit pada kemaluan (masalah keputihan).
- Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolestrol tinggi.
- Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang.
- Terhindar dari segala alahan.
- Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah yang menjadi punca serangan jantung.

-menghilangkan parut jerawat dan strech mark bagi wanitayang hamil

cara-cara mengambil vco ni senang je :
-ambil 1 biji selepas makan pagi dan 1 biji sebelum tidur pastikan sebelum mengambil vco anda sudah makan 
-tidak digalakan di ambil sewaktu makan tengah hari kerana metabolisma dalam badan kita sangat aktif
-selain itu untuk masalah jerawat anda boleh cucuk kapsul menggunakan jarum dan ambil minyak tu dan sapu dekat seluruh muka sebelum tidur okiesss

kalau berminat anda boleh direct call or whatassp kepada saya : 0145173911(make order)
@
anda boleh direct bank in duit kepada saya :
nurul janah abd wahab
maybank : 155015188275
cimb : 05040004823205
bsn : 0610429000159396
jika bayaran telah dibuat secara on9 ,letakkan emel mentarijanah89@gmail.com dan sekiranya bayaran telah dibuat sila sms ke no ini : 0139949706

nama:
alamat:
jenis produk:
no tel:
no resit :


dan saya sendiri mengalami kesan vco ini


sebelum menggunakan vco


jerawat dah surut

antara yang berjaya gambar ini tidak di edit :











Thursday 20 December 2012

CACAR MARBA...

Assalamualaikum hai korang ... okey kalau tahu ape tu cacar marba ? aku pon baru tahu la perkataan nie 2 3 tahun lepas mak aku la yang  bagi nama cacar marba kat aku nie ha..okey2 cacar marba nie mcm mane erk nak ckp ha maksudnya gini mcm bercampur aduk laa..okies aku nak cerita pasal cacar marba ni sebabnya aku an nak buat bisnes sikit nie then aku ingat nak pos je kat blog nie mula2 aku ingat nak cerita pasal flow hidup aku je kat sini  tentang diri aku , benda2 yang tahu emm oleh kerana aku nak buat bisnes aku campur jela maybe lepas nie aku x akan pos dah kut pasal diri aku kat sini ha bia je la ade kat entry lama2 je sebab nati entry yang pasal produk tu ke bawah susah pulak korang nak cari kan..kalau nak buat blog baru malas lah pulak aku kan nak kena edit2 die punye layout n design2 neh..ambik masa woo lagipun aku an tengah praktikal sekarang balik pon lambat hari sabtu pon keje so, gune jela blog yang sedia ada..kalau buat kat blog nie senang sikit orang nak cari produk kita yelah kadang2 kat fb tu dah berlambak2 tapi ada orang suka gune google nie ha lagipon pastu senang sikit nak tulis panjang2 pon xpe , pastu kalau orang tanya aku pasal produk2 nie senang terus aku bagi link blog kan..hehehe sebenarnya aku lama dah nak buat bisnes tapi xtau nak buat bisnes ape ? dari sekolah lg aku mmg aktif buat bisnes nie jual tudung , kek ,perfume, pad dekat hostel..k la nati aku balik rumah baru pos pasal produk pulak kirenya nie sebagai pemberitahuan okiess..kalau nak update sekarang aku kt opis nie ha xley nok masukkan gambar bagai..

Tuesday 18 December 2012

Akhirnya

Assalamualaikum hye semua sekarang dah jarang online broadband aku dah terminated ha x dok duit nak bayor sejak ade orang curi broadband aku, makcik aku xtau ha aku da beli broadband baru..hari nie je 18/12/2012 aku dapat dua berita sedih berita yang memang pasti tapi x tahu jadi nya bile jee..berita yang pertama tu private sikit pasal family kalau boleh aku x nak la cerita hal family dekat orang bia aku je yang tahu tapi x dak la sedih sgt aku rase ok laa rase sikit2 je tapi berita kedua ni ha x ley bla betul dia emmm dia orang yang aku tunggu selama nie akhirnya mesej jugak aku , macam happy je kan ayat aku tu hahaahhaha mula2 tengok eh dari die terkejut jugak la kan tetiba hambik kau jemput aku pe g wedding die rupanya die dah ada orang dalam hidup die segalanya dah terjawap kenapa die x mesej aku selama nie ok fine selama nie aku ingatkan die seorang yang berfikiran matang , caring je rupanyaa main2 kan perasaan aku je kalau dah namanya lelaki gatal tu mesti ada aku je yang bodoh !! lepas nie aku tak nak dah percaya mane2 lelaki jahatnya aku menghukum orang lain sebab orang lain kan yelah aku memang sayang kut kat die tapiiiiii die main2 je arghhhhhhh tapi x pelah doakan je kebahagian die dengan pasangan die...selamat pengantin baru ye.. harap2 kita tak akan terserempak or contact each other again pantang caras mengcaras nie terutama sekali laki orang meman prinsip hidup aku x akan sekali kali mesej dengan laki orang sebab nanti akan menyakitkan hati kaum aku sendiri cukup laa pengenalan singkat yang membahagiakan tuu bagi saya la kut bahagia hehehehe.....ingat pepatah nie kumbang bukan sekor bunga bukan sekuntum..okey assalamualaikum

Monday 3 December 2012

HELLO DECEMBER

Assalamualaikum hye korang ? sihat x ? nie first entry untuk bulan december..okey2 sekarang nie aku tengah cuti so , memang jarang la nak update2 entry nie eh bukan ke masa study pon aku malas nak update yelah kalau update selalu pon bukan ramai sangat orang nak baca kan..alhamdullilah aku baru je cuti untuk sem 3 rase macam kejap je masa berlalu aku dah nak naik sem 4,ingat lagi dulu masa mula2 nak masuk poli aku n memberku intan maisarah ke hulu ke hilir pagi petang siang malam memang muka kiteorang jela kat bandar tu kan sampai motor aku tu pon dah bosan asyik bawak je die sampai tergolek kiteorang kat tengah jalan nyahh..okey lah dah habis masa untuk flash memory zaman tok kaduk tu.

sebenarnya aku memang xdak gambar nak isi dalam blog nie haa tu yang letak gambar nie tu n lagi satu aku nak menunjuk yang aku dah pandai bawak kereta auto hahaha memang sungguh riak dan takbur aku nie.okey sila baling pasir kt aku hehehe ! nk tahu kenapa kena baling pasir nati la next entry aku cerita okey.first december nie aku duduk dengan mak saudara aku kat temerloh jage die hantar die pergi hospital maklum ler aku an anak saudara yang paling baikk hehehe *puji diri lagi kahkahkah.

Saturday 17 November 2012

GAJET IMPIAN

huit2 malam nie rajin pulak nak update sampai 2 entry kan ! memang la sebab tengah banyak idea nie sebab tu update kalau time tak dak idea paksa kawan2 cari kan idea hehehe tapi aku nie bajet ramai pulak yang nak bace kan ? kalau malu nak update takut xdak orang nak bace baik x yah ade blog kan? x gitu ? k la cukup meroyan setakat ini.dulu dah cerita pasal gajet tapi hari nie nak cerita pasal gajet impian pulak tu memang betul2 tinggi cita2 aku nie tapi x salah kan berangan dulu hehehe first gajet yang aku nak jeng jeng


DSLR !! memang aku nak sangat benda nie tengok budak2 sekarang kan jalan2 pegang dslr memang kelasss gitu kan gambar memang cantik snap sana snap sini hehehehe ! okey2 gajet yang kedua ialah :


samsung galaxy note hehehe tapi nak tunggu aku beli sendiri memang samsung dah keluarkan model baru la kan *sedor ler sikit diri tu student.Yang ketiga pulok nama pon impian kan tak dak had hahahaha

 alahaiii ipad.dan akhir sekali 


harapan aku untuk suatu hari nanti .insyallah




BURGER BAKAR IPOH

assalamualaikum hye korang ari ni aku nak cerita pasal burger bakar ipoh emmm dedapnya *ayat gedik fana menyampahkan ? hahaha sorry fana korang perasan sekarang nie memang musim burger bakar kan tapi burger bakar ipoh xdak la sefamous burger bakar shah alam yang lava melimpah2 tu kan tapi pape pon memang sedap harga pon murah masih mampu dimakan oleh student hahaha.k la korang tengok gambar je la sebab ade membe aku sorang nie cakap xyah la taip panjang2 malas nak bace dieorang lagi suke bace captain dekat gambar.


tu senarai menu sorry ler x jeles gambor zoom tu





2 orang si kecik yang kuat mencekik





emm terliur x ? hehehe siap kasi percuma sosej lagi 


sampai tertidor kiteorang nie dok tunggu si ain n si anis aqeela makan.



Thursday 15 November 2012

BILA PEREMPUAN PERLU DEMAND DENGAN LELAKI

Assalamulaikum ! Hye !! haha hari ni aku nak cerita pasal bila perempuan perlu demand dengan lelaki haha aku tanya dulu ain n ayu sebelum buat entry nampaknya semua setuju ok2 perempuan kena laa demand2 sikit dengan lelaki ni kan masa tengah hot cintan cintun jela boleh demand kalau dah kahwin haramm haha x pon laki bagi kaki je tak pon "i cerai u nati" 

1.bila boypren dapat gaji haha bagi yang dah keje jela kan haha
2.time birthday kite buat2 la usha kasut vincci kan kalau time die bawak je die pe g bata haha
3.kalau bf student mintak kat die baucer buku tu
4.mintak angpau time raya
5.nak jalan2 cakap kat die nak naik kereta !
6.tengok wayang make sure TGV cinema okey
7.bila merajuk 'nak suruh i maafkan u x ?'
8.bila mak die dah setuju nak jadikan kita menantu .

okey la tu jela yang dapat aku pikir setakat nie hehehe..cube buat tengok kalau lelaki tu sayang kat kita sanggup je kan hehehe bye
\



SUASANA AKHIR SEM


hey ! huh kalau dah akhir2 sem ni memang penat nak mengemas semua barang lebih2 lagi sem nie semua barang aku kena kemas untuk diangkut keluar maklum la sem depan nak duduk kuantan kan..hadui agak pening jugak la aku nak pikir nak letak mana semua barang2 aku yang very the berlambak tu mak aku pon x datang ambikkan barang2 aku tapi aku faham jauh kan ipoh ke kuantan 6 jam kut kalau naik kereta dengan tol lagi hotel,minyak,makan dah berapa kat situ kan ala macam sebelum ni aku tak biasa je kan nak kemas2 barang2 semua nie hehehehe nak tengok tak suasana rumah aku akhir sem nie tapi suasana ni elok sikit la dari rumah yang dulu hahaha








ade macam rumah anak dara x ? hahaha *mata ke atas tangan ke bahu hahaha...

Wednesday 14 November 2012

SALAM AWAL MUHARAM

salam awal muharam kepada semua muslimin dan muslimat.walaupon  dahterlambat sehari tetap jugak nak update pasal awal muharam nie.kat sini saya nak kongsi sikit apa itu muharam.
MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk – makhlukNya
.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.

itulah serba sedikit mengenai muharam.selain itu terdapat  peristiwa  muharam yang saya ingin kongsikan bersama :

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan ‘Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
         selain tu awal muharam juga mempunyai doa awal muharam dan akhir muharam :

Doa Awal Tahun


Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Akhir Tahun


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


itulah sedikit sebanyak mengenai awal muharam.terima kasih









Saturday 10 November 2012

ISTANBUL AKU DATANG !!!!! KASI ***** BINTANG


haipp hari ni aku hari sabtu yang cukup membosankan so, aku fana , syaza ayu buat la plan nak pergi mane so, syaza pon bagi la idea pergi rumah opah die yang gojez , peramah n pandai masak lagi banyak kut lauk die masak perhh memang tak penah makan lagi sampai 6 jenis lauk sekali makan dah la free pulak tu hahaha terima kasih to opah sebab membuat perut kiteorang kenyang sepanjang hari dan yang bestnya datang umah opah ade baby naufal uh comel sangat tetiba rasa nak kahwin n ade anak pulak hahahah nak tengok tak baby naufal yang super hot ni ? taraaaa

comel kan baby naufal  ?

okey back to our main topic lepas makan2 snap2 gambar dengan baby naufal terus pikir plan seterusnya semua terpikir nak tengok wayang mula2 check kat gsc online cerita istanbul aku datang xdak fana nak jugak tengok pegi2 eh ade pulak terus beli tiket cerita die memang best la lisa memang cantik giler2 tomok comel istanbul pon memang cantik nanti nak ajok husbeng g honeymong kat sana ler hehehehe . mula2 cerita die tu memang kelakar n sweet bile nak last2 tu agak la sedihnya aduii tomok maki2 lisa die pon ade girlpren kalau aku laa penumbuk aku bagi kat tomok n awek die tu n yang aku suka cerita tu lagi ade aizat,aizat memang sweet hehehe.tapi aku paling suka ayat "saya tak nak mintak peluang kedua cuma bagi saya satu peluang je " beto yang cakap ayat die pon lebih kurang macam tu la aku pon x ingat mane k la kalau korang nak tau2 lebih2 lagi sila tgk wyg or nak jimat budget download je eh.tata






Friday 9 November 2012

FINAL EXAM

hye lama pulak rasenya x update blog kan ? ehemm maklumla nak dekat final exam ni berdebar laa adui tapi x gune jugak kan kalau mulut je just cakap berdebar tapi x reti2 lagi nak study apoo laa entah lah sem ni aku rase malas sangat dengan banyak ponteng kelas nya dengan masalah lecturer nya semuanya aku rase down gilerr2 laa sem ni yelah masa sem 1 skema lagi takut giler nak ponteng masuk sem 2 mula ber jinak2 hamboii hahaha sem 3 amalkan selalu la kan hahaha bi n mandarin aku dapat c amacam hebak x ? hahaha macam haramm je aku rasa hari isnin ni markah pb keluar harap2 lecturer bersimpati dengan nasib aku neh jadual exam pon dah keluar haii tunggu masa je la nak jawap cuak pulakk rasenya. ok lerr x dok nok cite rasenya just ingin kan kemafaan dari orang2 yang aku sakiti doa2 dari keluarga dan kawan2 seperjuangan ingat aku dah sentiasa maafkan korang dan mendoakan semua kawan2 aku berjaya dengan  cemerlang .AMIN

* beria kan nak tunjuk jadual exam kan hahaha

nah nak tunjuk gambar orang nak ambik exam hahahaha


bubuyee

                                     


Monday 5 November 2012

I LOVE TUTTI FRUTTI


i love tutti frutti hehee ! memang sedap giler tau tutti frutti i likoe tapi harganya pon boleh tahan laa tapi memang sedap hehe kalau makan dengan keluarga boleh main zapp je flavours yang kita suka kan hehehe. dengan topping nya memang marblesssss hehehe kalau ade pakwe nak dating kat tutti frutti je aduhh kena cari anak datuk laa kan !( anak datuk mane la malang sangat nak kat aku kan ) *bajet hot kuang kuang kuang nah2 tengok gambar2 aku kat tutti frutti hehehe






ni la sikit2 gambar yang ade hehehe ade lagi gambar tapi tak jumpa hakhakhak . k byeeeee

Sunday 4 November 2012

PENANG MARI ! PENANG MARI !


Hai korang hari ni nak cerita aku pasal aku pergi  penang tapi aku pergi ni masa aku sem 2 masa tu tak plan nak pergi pon tetiba jew rasa terus tepon kereta sewa tapi dapat sewa separuh hari jela kiteorang pergi ber6   tau aku , ain , qila , fana , ainur n ayu .

okey ready to go

masa pergi fana yang bawak memandangkan aku tak dak lesen alih balik ain yang bawak memang syok pergi penang masa ni so excited.Ipoh dengan penang dekat je around 2 jam ikut highway tol pon murah yang jadi mahal nya sebab kiteorang sewa kereta abang tu memang cekik darah aishhhhh okey dont spoil mood jom kite terjah penang














banyak pulak gambar kan pesanan untuk korang kalau nak makan padang kota lama hati2 tau makanan die perhh kalau salah pilih memey jahanam la duit korang contohnya macam aku char keuw tiew tu die hentam sampai rm 9 you know.hehehe tapi yang paling best pergi kota feringgi tu memang murah tau kalau bawak banyak duit lagiii syokkkkk !!! lagi2 nak cerita mamat penang semua hensem2 smpai ke penjaga tol pon hensem hakhakhak masa kiteorang g penang ni dengan tak tahu jalan pun gps pon xdak nasib baik la ade 2orang akak ni sudi tolong kiteorang tunjuk kan jalan bawak pergi beli jeruk , masjid , kota feringgi tu akak tu yang tolong walahhhh terbaikk kak hehehe.