Friday, 13 March 2015

kek coklat paling senang dalam dunia

Assalamualaikum lama giler kut blog ni sunyi sepi tanpa sinaran daripada tuan die yang ade ke tak lagi haha eh opkos ade okey cuma busy kojo cis ! macam kerja ribu raban outsation sana sini je kan padahal buat benda sama tetiap hari haha tapi tak tahu lah kalau ade orang nak baca ke tak tapi ada okey orang bukak blog nie muehehe hai awak :)

Back to the topic aku nak bagi resepi kek coklat kukus yang memang paling paling senang dalam dunia okey budak tadika buat pon jadi dah la sedap lembut pulak tu hihi mampu puji kek sendiri sedap haha yelah selama ni buat kek asyik tak jadi je ni dah jadi harus aku heboh haha dah 2 kali buat ni 2 2 jadi happy me hehe..


 Resepi kek coklat gamble

Bahan-bahan :

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

Cara-cara :

Satukan minyak , susu pekat dan gula ke dalam periuk dan masak hingga larut.Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya bahan dengan sempurna

Dalam bekas lain ayak tepung , serbuk koko , baking powder dan soda bikarbonat.

Dalam bekas lain jugak pukul telur sehingga kembang

Akhir sekali campur kan tepung sikit demi sikit ke bekas telur tadi setelah sebati campurkan campuran yang telah larut sekali.

Sapukan majerin ke dalam loyang dan tutup loyang dengan aluminium foil hihi.

kukus 1 jam dengan api perlahan.




walaupon rupa buruk tapi sedap okeyy haha